Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

MTI: S'pura tidak terburu-buru lanjutkan kontrak F1

Masa depan F1 Singapura masih belum ditentukan sedang rundingan kontrak masih dijalankan untuk menjadi hos kepada satu-satunya perlumbaan waktu malam sukan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
MTI: S'pura tidak terburu-buru lanjutkan kontrak F1

Gambar fail acara F1 Singapore GP. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 06:36PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 06:38PM

SINGAPURA: Singapura tidak akan terburu-buru dalam melanjutkan kontrak dengan Formula One (F1), menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (20 Jun).

Ini sedang rundingan terus dijalankan bagi perlumbaan malam itu untuk terus diadakan di sini.

"Rundingan bagi pembaharuan kontrak F1 sedang dijalankan dan keputusan belum lagi dibuat," kata seorang jurucakap MTI kepada AFP dalam satu balasan melalui emel.

Penganjur perlumbaan Singapore GP menyatakan ia tidak boleh memberi komen kerana rundingan sedang dijalankan.

Dalam jadual acara 2018 yang didedahkan kelmarin oleh badan pentadbir sukan itu, FIA, terdapat tanda asterisk di sebelah tarikh Shanghai dan Singapura dengan nota yang menyatakan "bergantung kepada pengesahan hak komersil".

Masa depan F1 Singapura masih belum ditentukan sedang rundingan kontrak masih dijalankan untuk menjadi hos kepada satu-satunya perlumbaan waktu malam sukan berkenaan.

Jika rundingan itu gagal mencapai kata sepakat, ia menandakan berakhirnya perlumbaan F1 di Asia Tenggara.

Malaysia sudahpun mengumumkan bahawa perlumbaan tahun ini adalah yang terakhir diadakan di sana disebabkan kos yang tinggi dan dan tidak menghasilkan keuntungan yang berbaloi. 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan