Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mohamed Salah berazam dan yakin Liverpool boleh menang sesuatu musim ini

Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah, hari ini (25 Dis) berkata beliau berharap dapat membantu kelabnya itu mengakhiri penantian lima tahun untuk menang piala.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohamed Salah berazam dan yakin Liverpool boleh menang sesuatu musim ini

Gambar fail.

Diterbitkan : 25 Dec 2017 10:33PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 10:37PM

LIVERPOOL: Pemain penyerang Liverpool, Mohamed Salah, hari ini (25 Dis) berkata beliau berharap dapat membantu kelabnya itu mengakhiri penantian lima tahun untuk menang piala.

Keyakinan itu dikeluarkan sedang Salah kelihatan mencatat prestasi baik di Anfield.

Bintang berusia 25 tahun dari Mesir itu - yang menyertai Liverpool dari kelab Itali, Roma - sudah menjaringkan 21 gol bagi kelab England itu sejauh ini.

Beliau juga terikat dengan Harry Kane dari Tottenham Hotspur, selaku penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana England sejauh ini.

"Saya mahu menang kejuaraan di sini, saya datang ke sini untuk menang piala - untuk menang sesuatu bagi kelab (Liverpool), bagi kami, bagi para peminat (kami)," kata Salah kepada Sky Sports News.

"Kami bekerja keras setiap hari untuk memenangi sesuatu. Saya yakin kita akan menang sesuatu tahun ini," ujar beliau lagi.

Salah kini merupakan salah seorang pemain penting atau empat serangkai (fab four) bagi Liverpool, bersama-sama Philippe Coutinho, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Liverpool, yang pernah memenangi kejohanan Eropah sebanyak empat kali, gagal memenangi sebarang kejohanan sejak Piala Liga 2012.

Ia kini di tangga keempat dalam senarai Liga Perdana dan akan bertarung dengan Swansea City esok, serta berentap dengan Portp dalam perlawanan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah pada bulan depan.

Sumber : AFP/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan