Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mohamad Irwan antara 4 atlit menembak S'pura buat penampilan sulung di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Empat atlit acara menembak Singapura akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2017 07:42PM Dikemas Kini : 09 Jul 2017 10:29PM

SINGAPURA: Empat atlit acara menembak Singapura akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan depan.

Ia juga merupakan kali pertama Lim Yee Xian, Sng Jian Hui, Phaedra Tan dan Mohamad Irwan mewakili Singapura dalam sesuatu kejohanan besar.

Mohamad Irwan, 18 tahun, adalah pemegang rekod nasional acara menembak senapang angin jarak 10 meter lelaki.

Pelajar Politeknik Republic ini mencatat rekod itu di Kejohanan Piala Dunia di Munich tahun ini.

Namun, Irwan masih belum memenangi pingat di peringkat antarabangsa dan dia berharap dapat mengubah keadaan itu di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Phaedra Tan pula agak terkejut apabila dia dipilih untuk ke Sukan SEA bulan depan kerana dia baru menyertai pasukan belia nasional tahun lepas.

Phaedar akan bertanding dalam acara pistol angin jarak 10 meter.

Secara keseluruhannya Singapura akan menghantar 17 alit menembak bagi kejohanan itu. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan