Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Masa depan Pogba belum pasti, dedah Mourinho

Pengurus Manchester United Jose Mourinho, tidak pasti mengenai masa depan Paul Pogba tetapi menjelaskan pemain tengah itu tidak pernah memberitahunya untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Masa depan Pogba belum pasti, dedah Mourinho

Pengurus Manchester United Jose Mourinho sebelum perlawanan menentang West Bromwich Albion. (Gambar fail: John Sibley Livepic/Reuters)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 02:24PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 02:26PM

MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho, tidak pasti mengenai masa depan Paul Pogba tetapi menjelaskan pemain tengah itu tidak pernah memberitahunya untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Pogba, 25 tahun, yang dikaitkan dengan desas-desus keluar dari Old Trafford sedang gergasi La Liga, Barcelona, menunjukkan minat terhadap pemain yang bersama United sejak meninggalkan Juventus, dua tahun lalu.

Menurut Astro Awani, Mourinho menegaskan tiada sebab untuknya mempercayai Pogba mahu meninggalkan United, sambil menyatakan bahawa pemain Perancis itu akan terus kekal bersama United.

"Jika saya melihat ejen Pogba, Mino Raiola, bercakap di televisyen bahawa pemain itu mahu berpindah, kemudian beliau menguruskan urusan untuk Pogba meninggalkan kelab, mungkin saya akan percaya," kata Mourinho seperti ditukil Astro Awani.

"Pada waktu ini, saya tidak tahu menahu. Apa yang jelas buat saya adalah pemain itu mampamerkan semangat bersatu dalam pasukan dan tidak pernah memberitahu untuk berpindah.

"Jika dia tidak memberitahu saya hasrat untuk berpindah, ia bermakna dia mahu kekal (dalam pasukan). Itu teori saya."

Sedang beliau masih belum pasti tentang masa depan Pogba, Mourinho mahu mengekalkan khidmat David de Gea, Juan Mata, Ander Herrera dan Luke Shaw yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini, menurut Astro Awani.

"Tidak banyak perlu dikatakan tentang De Gea. Perkembangan Shaw membuatkan kami percaya beliau berada di landasan terbaik dan sudah tentu saya mahu mengekalkannya.

"Mata dan Herrera, walaupun jika mereka tidak beraksi atau jarang bermain, namun berdasarkan pemerhatian saya serta perwatakan yang ditampilkan, termasuk penampilan yang ditunjukkan dalam dunia bola sepak moden, mereka adalah barisan pemain unik yang tidak mahu saya lepaskan."

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan