Maraton tengah malam Thailand pikat lebih 10,000 peserta
Satu perlumbaan yang pertama dalam sejarah Thailand diadakan di ibu kota Bangkok.
BANGKOK: Satu perlumbaan yang pertama dalam sejarah Thailand diadakan di ibu kota Bangkok.
Maraton tengah malam itu menarik penyertaan lebih 10,000 pelari dari merata dunia.
Hadiah tempat pertama berupa wang tunai $5,000 dimenangi oleh pelari Kenya dalam kategori wanita dan lelaki.
Silas Muturi menamatkan larian maratonnya dalam masa sekitar dua jam 30 minit.
Esther Macharia pula mengambil masa sekitar dua jam 53 minit untuk larian jarak 42 kilometer.
Kedua-dua pemenang bangga dengan prestasi masing-masing, namun mereka menyalahkan cuaca panas Thailand sebagai fakta yang mencabar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.