Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United tumpaskan Leicester City 2-1 dalam pembukaan EPL

Tendangan penalti Paul Pogba dan gol dari Luke Shaw membawa kemenangan bagi pasukan Manchester United.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United tumpaskan Leicester City 2-1 dalam pembukaan EPL

Paul Pogba menjaringkan gol pembukaan dalam musim baru EPL. (Gambar: Oli Scarff/ AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2018 08:45AM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 08:48AM

LONDON: Tendangan penalti Paul Pogba dan gol dari Luke Shaw membawa kemenangan bagi pasukan Manchester United.

Liga Perdana England kembali membuka tiranya pada Jumaat (10 Ogos) dan dalam pertandingan pembukaan musim kali ini, Leicester City tumpas 1-2 di tangan Manchester United.

Pogba baru-baru ini mengharumkan nama negaranya selepas membantu untuk menjulang Piala Dunia bagi Perancis. Meskipun baru kembali menjalani latihan pra-musim, Jose Mourinho tidak teragak-agak untuk memilih Pogba mengambil tendangan penalti selepas bola terkena tangan Daniel Amartey dalam kawasan penalti.

Leicester City sempat menunjukkan taring melalui sepakan pemain barunya, James Maddison. Namun penjaga gawang Man United berjaya membendung serangannya.

Pada minit ke-83, Luke Shaw menjaringkan satu lagi gol bagi Manchester United. Tidak lama selepas itu, Jamie Vardy membalas satu gol iaitu satunya-satunya yang berjaya disumbatkan Leicester City.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan