Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United jangkakan pendapatan lebih tinggi, pendapatan teras bagi 2019

Kelab bola sepak Liga Perdana England Manchester United meramalkan pendapatan lebih tinggi dan pendapatan teras bagi tahun 2019, meskipun syarikat tersebut melaporkan mendapat keputusan lebih rendah untuk suku keempat tahun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United jangkakan pendapatan lebih tinggi, pendapatan teras bagi 2019

(Gambar: Carl Recine/Reuters)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 11:04PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 11:08PM

REUTERS: Kelab bola sepak Liga Perdana England Manchester United meramalkan pendapatan lebih tinggi dan pendapatan teras bagi tahun 2019, meskipun syarikat tersebut melaporkan mendapat keputusan lebih rendah untuk suku keempat tahun 2018. 

Pendapatan yang sudah disesuaikan sebelum dikenakan faedah, cukai, susut nilai dan pembahagian kos aset tidak ketara (EBITDA), dijangka antara 175 juta pound (S$315 juta) hingga 190 juta pound (S$342 juta), menurut juara England sebanyak 20 kali itu.

Pendapatan bagi 2019 dijangka adalah antara 615 juta pound (S$1.10 bilion) dan 630 juta pound (S$1.13 bilion), menurut United.

Ia melaporkan EBITDA yang sudah disesuaikan sebanyak 177.1 juta pound (S$318 juta) dan pendapatan sebanyak 590 juta pound (S$1 bilion) bagi 2017-18 pada Selasa (25 Sep).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan