Images
  • man united vs sevilla
    Penjaga gawang Sevilla Sergio Rico menepis tendangan bola pemain Manchester United. (Gambar: DAVE THOMPSON/AP)

Man United tersingkir selepas Ben Yedder jaring 2 gol

MANCHESTER, ENGLAND: Manchester United tersingkir daripada pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas kecundang 2-1 di tangan Sevilla dengan dua gol hasil jaringan pemain simpanan Sevilla, Wissam Ben Yedder di Old Trafford semalam (13 Mac).

Pasukan Sepanyol yang sebelum ini tidak pernah memenangi apa jua perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di England, mara ke suku akhir pertandingan berprestij itu buat julung-julung kalinya sejak 1958 selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama.

Sevilla mendahului permainan apabila Ben Yedder memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol hanya 87 saat selepas masuk padang pada minit ke-72. Malah, beliau menambah satu lagi gol dengan tandukan yang membolosi gawang empat minit kemudian.

Romelu Lukaku merapatkan jurang selepas menerima hantaran sudut Juan Mata pada minit ke-84 tetapi malangnya, masa tidak memihak kepada Manchester United untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kemenangan yang dikecapi, Sevilla mara ke peringkat selanjutnya. Kali terakhir pasukan di tangga kelima La Liga itu berjaya berbuat demikian adalah 60 tahun lalu.  

- REUTERS/SM/sm

Top