Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Man U gagal pertahan kedudukan sebagai juara, tewas di tangan Chelsea

Juara bertahan, Manchester United tersingkir di peringkat suku akhir semasa bertemu Chelsea.

Anggaran Waktu Membaca:
Man U gagal pertahan kedudukan sebagai juara, tewas di tangan Chelsea
Diterbitkan : 14 Mar 2017 09:34PM Dikemas Kini : 14 Mar 2017 09:36PM

ENGLAND: Juara bertahan, Manchester United tersingkir di peringkat suku akhir semasa bertemu Chelsea.

Pertemuan antara dua pasukan terkenal England ini berlangsung sengit.

Perlawanan babak pertama berakhir tanpa jaringan gol tetapi Manchester United kehilangan seorang pemain.

Ander Herrera menerima kad kuning kedua setelah bertindak kasar terhadap Eden Hazard pada minit ke-35.

Kejadian ini turut mencetuskan pertikaian antara pengurus kedua-dua pasukan, Antonio Conte dan Jose Mourinho.

Gol tunggal perlawanan ini dijaringkan oleh N'Golo Kante pada minit ke-51.

Dalam separuh akhir nanti, Chelsea akan bertemu Tottenham.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan