Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Makan prata, sate, nasi lemak - Luis Suarez dilantik jadi duta pelancongan M'sia

Pemain penyerang pasukan Barcelona, Luis Suarez, yang dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia sudahpun memulakan tugas dengan menikmati hidangan popular negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Makan prata, sate, nasi lemak - Luis Suarez dilantik jadi duta pelancongan M'sia

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 07 Feb 2018 10:20PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 10:28PM

MALAYSIA: Pemain penyerang pasukan Barcelona, Luis Suarez, yang dilantik sebagai duta pelancongan Malaysia sudahpun memulakan tugas dengan menikmati hidangan popular negara itu.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke laman YouTube Malaysia Truly Asia, Suarez dilihat mencuba beberapa hidangan - roti prata, sate, char kuey tiow, nasi lemak dan popiah.

Selepas menjamah setiap hidangan, beliau akan memberikan komennya.

Suarez memuji keenakan hidangan-hidangan tersebut namun tersedak seketika apabila mencuba popiah yang menurut beliau "pedas sedikit tetapi sedap".

Suarez dilantik menjadi duta oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia sebagai wakil Tourism Malaysia untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia, lapor laman MalaysiaKini.

Penjanjian yang dimeterai selama setahun itu diharap dapat memancing minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia, dengan mengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia, menurut laporan laman itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan