Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Majlis baru FAS dedah pelan perbetul tadbir urus; kawal selia lebih ketat

Langkah itu diambil menyusuli kontroversi menjelang pemilihan pucuk kepimpinan FAS iaitu mengenai derma S$500,000 yang disumbangkan oleh Kelab Bola Sepak Tiong Bahru kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN, yang dilakukan atas permintaan Encik Zainudin Nordin yang memegang jawatan presiden ketika itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Majlis baru FAS dedah pelan perbetul tadbir urus; kawal selia lebih ketat

Gambar fail Timbalan Presiden FAS Bernard Tan. (Gambar: TODAY)

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sedang merubah proses dan prosedur persatuan tersebut, ini selepas sebulan sebuah majlis baru dipilih menerajui FAS.

Langkah itu diambil menyusuli kontroversi menjelang pemilihan pucuk kepimpinan FAS iaitu mengenai derma S$500,000 yang disumbangkan oleh Kelab Bola Sepak Tiong Bahru kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN, yang dilakukan atas permintaan Encik Zainudin Nordin yang memegang jawatan presiden ketika itu

Sebuah jawatankuasa yang diterajui Timbalan Presiden FAS Bernard Tan semalam (1 Jun) mengumumkan beberapa perubahan yang disarankan kepada cara FAS ditadbirkan.

Pertama, semua kakitangan FAS, termasuk pemain dan relawan, harus mematuhi kod tatalaku yang lebih ketat.

Ini termasuk mengisytiharkan hubungan mereka dengan pihak ketiga atau perniagaan yang boleh menyebabkan percanggahan kepentingan.

Kakitangan juga diperlukan menolak tawaran habuan dan ganjaran jika boleh, atau mengisytiharkannya.

Selain itu, para eksekutif FAS yang ingin dilantik bagi menganggotai pertubuhan luar seperti FIFA mesti pertama sekali meminta keizinan daripada presiden dan jawatankuasa eksekutif FAS.

FAS juga meminta salah satu daripada empat firma audit utama di Singapura untuk menilai pematuhan FAS terhadap kod tadbir urus bagi badan amal.

Ini bagi memastikan kuasa untuk membuat keputusan tidak bergantung kepada seseorang individu saja seperti presiden atau setiausaha agung, jawatankuasa eksekutif FAS kini akan meluluskan pembayaran dan perbelanjaan.

Dalam pada itu, semua derma kepada FAS bernilai lebih S$50,000 akan disemak dan diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif.

Satu set tanggungjawab juga akan dibangunkan bagi memastikan para anggota dan kerabat FAS mengamalkan tadbir urus yang baik.

Sebagai contoh, kelab-kelab yang memiliki mesin permainan dikehendaki bertanggungjawab dan menggunakan pendapatannya bagi memanfaatkan bola sepak Singapura. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan