Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mahathir sokong idea ambil pemain luar negara bagi skuad bola sepak

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif menyusuli cadangan mengambil pemain naturalisasi (pemain dari negara luar yang kemudian diberi kerakyatan) Malaysia, bagi skuad bola sepak kebangsaan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir sokong idea ambil pemain luar negara bagi skuad bola sepak

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lua Jiamin)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 08:51AM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 08:54AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif menyusuli cadangan mengambil pemain naturalisasi (pemain dari negara luar yang kemudian diberi kerakyatan) Malaysia, bagi skuad bola sepak kebangsaan negara itu.

Menurut Astro Awani, Dr Mahathir bagaimanapun menegaskan, inisiatif itu tidak harus mengabaikan pemain tempatan.

“Sekarang semua pasukan bola sepak mengambil pemain daripada mana-mana negara sebab itu, kita nampak banyak orang putih yang hitam.

“Jadi, kalau kita ambil (pemain naturalisasi) tidak apalah, tetapi, jangan kita ambil 11 orang itu datang dari negara lain. Kita (bakat tempatan) kena main sama,” ujar beliau kepada para wartawan di lobi Parlimen pada Isnin (30 Jul), seperti ditukil Astro Awani.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohamad Amin mengakui cadangan mengambil pemain dari luar negara yang diberikan kerakyatan merupakan antara salah satu mekanisme dalam usaha menambah baik prestasi skuad kebangsaan.

Astro Awani menambah bahawa idea tersebut bagaimanapun masih di peringkat awal dan banyak usaha perlu dilakukan jika ingin membawa masuk pemain berstatus naturalisasi ke dalam pasukan kebangsaan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan