Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Liga Perdana England: Liverpool tamatkan rekod tanpa kalah Man City

Liverpool menamatkan rekod tanpa kalah Manchester City dalam saingan Liga Perdana England musim apabila menang 4-3 di Anfield semalam (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Liga Perdana England: Liverpool tamatkan rekod tanpa kalah Man City

(Gambar: Oli Scarff/ AFP)

Diterbitkan : 15 Jan 2018 09:25AM Dikemas Kini : 15 Jan 2018 09:28AM

LIVERPOOL: Liverpool menamatkan rekod tanpa kalah Manchester City dalam saingan Liga Perdana England musim apabila menang 4-3 di Anfield semalam (14 Jan).

Alex Oxlade Chamberlain membuka tirai jaringan bagi pasukan The Reds seawal minit kesembilan. Jaringan pendahuluan itu bagaimanapun berjaya diatasi City yang meraih gol menerusi Leroy Sane pada minit ke-40.

Liverpool berpesta gol dalam babak kedua menerusi Roberto Firmino, minit ke-59 disusuli Sadio Mane, minit ke-61 dan Mohamed Salah, tujuh minit kemudian.

City cuba kembali bangkit dan mereka berjaya meraih dua gol menerusi Bernardo Silva (84) dan Ilkay Guendogan (90).

Bagaimanapun, ia sudah terlambat untuk mengekang kemenangan The Reds. Keputusan itu menyaksikan City yang berada di kedudukan teratas Liga kekal dengan kelebihan 15 mata di depan pasukan tangga kedua, Manchester United.

Dalam pada itu, pengurus Liverpool, Juergen Klopp, mendedahkan mengapa Virgil van Djik tidak turun padang melawan Manchester City semalam (14 Jan).

"Dia sedikit cedera. Jika ini pertandingan terakhir musim ini, kita mungkin akan ambil risiko. Tetapi bukan hari ini, kerana kami masih ada banyak lagi pertandingan akan datang," kata Klopp seperti yang dipetik Tribunnews.

"Yang pasti, dia akan kembali beraksi dalam pertandingan selanjutnya," tambah beliau.

Menurut akaun Twitter Liverpool, Virgil van Dijk mengalami cedera otot paha atau hamstring. Beliau dijangka kembali bertanding dalam perlawanan menentang Swansea City pada Selasa depan (23 Jan), lapor Tribunnews.  

Sumber : AFP/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan