Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Legenda kriket India lancarkan akademi di S'pura

Legenda kriket dari India, Mahendra Singh Dhoni kini di Singapura bagi melancarkan akademi kriketnya di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2018 10:02PM Dikemas Kini : 20 Jan 2018 10:12PM

SINGAPURA: Legenda kriket dari India, Mahendra Singh Dhoni kini di Singapura bagi melancarkan akademi kriketnya di sini.

Akademi kriket yang dinamakan atas nama beliau bertujuan mendekatkan generasi lebih muda dengan sukan tersebut.

Program latihan di akadami itu akan diatur oleh Dhoni dan dikendalikan oleh para jurulatih Singapura.

Akademi itu adalah yang kedua terletak di luar India dan akan mengikuti struktur program latihan yang dibangunkan oleh bekas Kapten India itu.

Latihan juga dibuka bagi pelajar lelaki dan perempuan dari usia enam tahun ke bawah.

Dhoni akan bekerjasama dengan para jurulatih Singapura untuk melaksanakannya.

Akademi M.S Dhoni yang terletak di sekolah Saint Patrick merupakan akademi kriket utama yang kelima di Singapura.

Empat akademi sedia ada adalah Rex Martens, Knight Riders, Akademi Persatuan Kriket Singapura dan Yorker. 

Sumber : CNA/AZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan