Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Legenda bola sepak Majid Arif meninggal dunia pada usia 80 tahun

Majid Arif yang merupakan salah sorang pemain bola sepak Singapura yang paling berbakat, meninggal dunia pagi tadi (4 Feb) pada usia 80 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Legenda bola sepak Majid Arif meninggal dunia pada usia 80 tahun

Gambar: Petikan skrin video gov.sg

Diterbitkan : 04 Feb 2018 12:05PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 05:48PM

SINGAPURA: Majid Arif yang merupakan salah sorang pemain bola sepak Singapura yang paling berbakat, meninggal dunia pagi tadi (4 Feb) pada usia 80 tahun.

Anak perempuan Allahyarham, Cik Watty Majid menulis dalam satu catatan Facebook bahawa bekas pemain bola sepak negara itu meninggal dunia pada 2.45 pagi dan jenazahnya akan dibawa dari kediamannya di Tampines ke tanah perkuburan Chua Chu Kang untuk dikebumikan selepas Zuhur.

Dalam satu catatan lain pula, Anggota Parlimen GRC Sembawang Amrin Amin menyifatkan Allahyarham sebagai “pemain penyerang paling hebat dalam generasinya”.

Encik Amrin Amin turut berkata bahawa beliau menziarahi keluarga Allahyarham pagi tadi untuk menyampaikan takziah kepada anak perempuan Allahyarham yang merupakan bekas rakan kerjanya.

Dalam pada itu, PAP Tampines Changkat turut mengutuskan takziah dalam catatan Facebooknya.

“Pemain penyerang paling handal bagi generasinya, Majid Arif adalah antara pemain bola sepak yang paling berbakat pernah dihasilkan Singapura. Minat beliau terhadap sukan ini sungguh mendalam dan beliau dengan rendah diri dan murah hati menurunkan kemahirannya kepada generasi muda. Warisannya akan sentiasa dikenang,” demikian menurut catatan tersebut. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan