Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lee Chong Wei mungkin beraksi lagi di All England tahun depan

Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menyuarakan kemungkinan beraksi lagi di kejohanan All England tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lee Chong Wei mungkin beraksi lagi di All England tahun depan

Lee Chong Wei meraikan kemenangannya di kejohanan All England. (Gambar: AFP / JUSTIN TALLIS)

Diterbitkan : 13 Mar 2017 09:09PM Dikemas Kini : 13 Mar 2017 09:19PM

BIRMINGHAM: Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei menyuarakan kemungkinan beraksi lagi di kejohanan All England tahun depan.

Ini selepas beliau menambah koleksi kejuaraan di Kejohanan berprestij itu buat kali keempat di Birmingham.

Chong Wei, jaguh perseorangan Malaysia, berdepan dengan pemain muda dari China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir itu.

Setelah berehat hampir tiga bulan dan mengalami kecederaan lutut bulan lepas, Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk menundukkan lawannya dengan 21-12, 21-10 dalam masa 45 minit.

Sepanjang 18 tahun dalam arena badminton, Chong Wei memenangi Kejuaraan All England pada 2011, 2012 dan 2014.

Sebelum ini, beliau pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di All England buat kali terakhir tahun ini. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan