Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Lebih banyak usaha diperlukan untuk bantu atlit capai kecemerlangan, kata Fandi

Ketua jurulatih sementara pasukan bola sepak negara, Fandi Ahmad, menyeru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), SportSG dan MINDEF mencari cara lebih baik bagi membantu para atlit mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Aug 2018 08:51PM Dikemas Kini : 11 Aug 2018 12:26AM

SINGAPURA: Ketua jurulatih sementara pasukan bola sepak negara, Fandi Ahmad, menyeru Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), SportSG dan MINDEF, supaya mencari cara lebih baik bagi membantu para atlit mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan.

Ulasan Encik Fandi itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menjelaskan mengapa MINDEF menolak permohonan Ben Davis untuk menundakan Perkhidmatan Negara (NS), bagi mengejar kerjaya dengan kelab bola sepak Liga Perdana England, Fulham.

Akur pentingnya NS, Encik Fandi berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk bantu mengimbangi komitmen para atlit kepada negara dengan kerjaya mereka.

Encik Fandi juga adalah jurulatih pasukan Singa Muda yang lapan pemainnya sedang menjalani NS.

Dua anak lelaki Encik Fandi sendiri, Irfan dan Ikhsan, baru saja menamatkan NS.

Ikhsan memilih untuk memulakan khidmat NS lebih awal iaitu sehari sebelum ulang tahunnya yang ke 17.

Keputusan tersebut dibuat agar Ikhsan dapat menumpukan perhatian kepada bermain bola sepak di luar negara selepas itu.

"Saya sebagai bapa saya rasa bangga mereka telah selesaikan NS. Sekarang tumpuan mereka adalah untuk meneroka peluang menjadi seorang pemain bola sepak di Singapura atau di luar negara," kongsi Encik Fandi.

"Mudah-mudahan mereka mendapat tujuan dan tumpuan yang baik dan mudah-mudahan mereka dapat kontrak di mana-mana. Saya rasa mereka rasa bangga kerana dalam NS mereka banyak belajar dari segi disiplin." 

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan