Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Langkah 'lepaskan' jurulatih ke Piala Dunia dipersoal setelah pasukan S'pura U-19 kalah teruk

Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) pada Rabu (11 Julai) mengesahkan bahawa Servais membantu pasukan bola sepak Australia itu sebagai pengakap untuk Piala Dunia dengan restu pengarah teknikal FAS (TD) Encik Michel Sablon.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah 'lepaskan' jurulatih ke Piala Dunia dipersoal setelah pasukan S'pura U-19 kalah teruk

(Gambar: Facebook/Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS))

Diterbitkan : 12 Jul 2018 12:10AM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 12:23AM

SINGAPURA: Keputusan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk membenarkan jurulatih di bawah 19 tahun, Robbie Servais, meninggalkan pasukannya untuk membantu pasukan kebangsaan Australia bagi Piala Dunia, kini dipersoalkan selepas permainan teruk oleh pasukan itu di kejohanan serantau.

Singapura terpaksa meninggalkan Kejuaraan Bawah 19 Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) di Indonesia pada hari Isnin (9 Jul) selepas empat kekalahan dan satu seri, termasuk ditewaskan Laos (0-5), Thailand (0-6) dan tuan rumah (0-4).

Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) pada Rabu (11 Julai) mengesahkan bahawa Servais membantu pasukan bola sepak Australia itu sebagai pengakap untuk Piala Dunia dengan restu pengarah teknikal FAS (TD) Encik Michel Sablon.

Servais dilantik sebagai jurulatih ketua U-19 Singapura pada Januari tahun ini, tetapi memulakan beberapa pekerjaan pengakap pada bulan berikutnya, FFA mengesahkan. Susunan itu berakhir selepas Australia tersingkir daripada Piala Dunia pada 26 Jun.

Servais menyertai pasukan bola sepak Australia manakala U-19 bersiap untuk kejohanan AFF, meninggalkan pasukan itu kepada pembantunya Encik Takuya Inoue. Menurut satu sumber, Encik Servais kembali ke pasukannya hanya sehari sebelum mereka terbang ke Indonesia untuk pertandingan pada 1-14 Jul.

Bekas pemain antarabangsa Singapura R Sasikumar berkata bahawa beliau marah apabila mengetahui bagaimana Servais dibenarkan meninggalkan pasukan ketika mereka sedang membuat persiapan untuk kejohanan utama.

Seorang jurulatih yang tidak mahu identitinya didedahkan juga berasa bahawa Servais sepatutnya kekal bersama pasukan itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan