Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

La Liga: Real bangkit catat kemenangan, Costa hero Atletico

Real Madrid bangkit dalam separuh masa kedua melalui jaringan Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos untuk menewaskan Real Betis 5-3 dalam perlawanan La Liga semalam (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
La Liga: Real bangkit catat kemenangan, Costa hero Atletico

Marco Asensio menyambut gol jaringannya bersama pasukannya, (Gambar: CRISTINA QUICLER/AFP)

Diterbitkan : 19 Feb 2018 08:44AM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 08:49AM

BARCELONA: Real Madrid bangkit dalam separuh masa kedua melalui jaringan Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos untuk menewaskan Real Betis 5-3 dalam perlawanan La Liga semalam (18 Feb).

Sementara itu, Atletico Madrid yang menduduki tangga kedua liga menewaskan Athletic Bilbao 2-0 di Wanda Metropolitano dan kini hanya tujuh mata di belakang Barcelona yang mendahului La Liga. Dalam kemenangan itu, Diego Costa menjaringkan gol pertamanya dalam masa enam minggu.

Di Stadium Benito Villamarín, Real Madrid pada awalnya mendahului permainan menerusi jaringan gol Marco Asensio hanya 11 minit selepas perlawanan bermula tetapi Aissa Mandi membalas dengan tandukan yang berhasil membolosi gawang pada minit ke-33. Empat minit kemudian, kesilapan Nacho Fernandez menyebabkan jaringan gol sendiri, menjadikan pasukannya ketinggalan satu gol.

Suasana dalam stadium riuh rendah dengan pasukan tuan rumah terus mengatur serangan. Namun, lima minit selepas separuh masa kedua bermula, keadaan menjadi tegang apabila kapten Real Madrid, Ramos menanduk masuk bola hasil tendangan sudut untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Real Betis terus tergapai-gapai apabila pasukan lawan menguasai perlawanan melalui kehebatan jentera penyerangnya. Percubaan Gareth Bale dinafikan beberapa kali sebelum Asensio akhirnya berjaya meletakkan Real Madrid di hadapan pada minit ke-59.

Pada minit ke-65, giliran Ronaldo pula untuk menjaringkan gol keempat Real Madrid.

Meskipun pemain gantian Real Betis, Segio Leon, cuba menyemarakkan semangat pasukannya melalui jaringan golnya pada minit ke-85, ia tidak cukup untuk menyaingi Real.

Karim Benzema kemudian menjaringkan gol ke-13 bagi Real dalam tiga perlawanan, sekaligus membantu pasukan itu meraih tiga mata, sementara Betis jatuh ke tangga ke-9 dalam La Liga menyusuli kekalahan itu.

Real kini mempunyai 45 mata daripada 23 perlawanan, 17 mata di belakang Barcelona. Pasukan di tempat keempat itu mungkin boleh naik satu tangga mendahului Valencia sekiranya ia memenangi perlawanan di Leganes Rabu ini (21 Feb). 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan