Korea Selatan mara ke pusingan akhir Piala Dunia meski seri 0-0 dengan Uzbekistan
Dalam kumpulan 'A', Uzbekistan dan Korea Selatan perlu menang dalam pertemuan ini untuk layak ke Piala Dunia di Rusia tahun depan.
TASHKENT: Dalam kumpulan 'A', Uzbekistan dan Korea Selatan perlu menang dalam pertemuan ini untuk layak ke Piala Dunia di Rusia tahun depan.
Selaku tuan rumah, para pemain Uzbekistan berharap dapat mencipta sejarah untuk ke Piala Dunia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara itu.
Bagaimanapun perlawanan di Tashkent ini berakhir dengan seri tanpa jaringan.
Namun Korea Selatan dapat mara ke Piala Dunia setelah Syria seri 2-2 semasa bertemu Iran yang sudahpun layak untuk ke Rusia.
Inilah kali kesembilan berturut-turut Korea Selatan dapat bertanding di Piala Dunia.
Peluang Uzbekistan sudah tertutup manakala Syria masih perlu bersaing dalam perlawanan penentuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.