Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kim Jong-Un bayangkan Korea Utara mungkin sertai Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un memberikan isyaratnya yang pertama bahawa Pyongyang mungkin menyertai Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan bulan depan (Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong-Un bayangkan Korea Utara mungkin sertai Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2018 10:02PM Dikemas Kini : 01 Jan 2018 10:27PM

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un memberikan isyaratnya yang pertama bahawa Pyongyang mungkin menyertai Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan bulan depan (Feb).

Ini meskipun hubungan kedua-dua negara masih lagi begitu tegang ekoran ujian-ujian peluru berpandu Korea Utara.

"Saya dengan ikhlas berharap Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang akan dianjurkan dengan jayanya," kata Encik Kim dalam ucapan Tahun Baru beliau ke seluruh negara.

"Kami bersedia mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk mengirimkan rombongan kami," tambah beliau.

"OLIMPIK PERDAMAIAN"

Seoul dan pihak penganjur Olimpik Musim Sejuk sebelum ini menyifatkan olimpik tersebut, yang bakal membuka tirainya pada 9 Februari, sebagai "Olimpik perdamaian" dan mahu Korea Utara mengambil bahagian.

Dua atlit Korea Utara - pasangan luncur air batu Ryom Tae-Ok dan Kim Ju-Sik - sudahpun layak untuk menyertai sukan tersebut. Namun Majlis Olimpik Korea Utara gagal menepati tarikh akhir 30 Oktober untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil bahagian.

Pasangan tersebut bagaimanapun masih boleh menyertai temasya sukan tersebut jika diberikan undangan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Encik Kim dalam ucapan tersebut juga mengatakan bahawa Olimpik adalah "peluang baik untuk mempamerkan keanggunan orang Korea kepada dunia".

"Tahun 2018 adalah tahun penting bagi kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dengan Korea Utara meraikan ulang tahun ke 70 penubuhannya dan Korea Selatan menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk," menurut pemimpin Pyongyang itu lagi.

Sumber : AFP/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan