Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Khairy bidas janji Pemuda Pakatan beri siaran percuma EPL di RTM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membidas janji pakatan pembangkang untuk memberikan hak penyiaran sukan antarabangsa kepada syarikat penyiaran negara RTM sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Khairy bidas janji Pemuda Pakatan beri siaran percuma EPL di RTM

Liverpool dan Burnley berentap di perlawanan bola sepak EPL di Liverpool. (Gambar: Peter Byrne/PA via AP)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 06:17PM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 06:18PM

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membidas janji pakatan pembangkang untuk memberikan hak penyiaran sukan antarabangsa kepada syarikat penyiaran negara RTM sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Ini termasuk siaran secara langsung pertandingan La Liga Sepanyol dan EPL, menurut saranan yang dibentangkan semasa konvensyen pertama pemuda Pakatan Harapan untuk memikat hati golongan muda.

"Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar?" kata Encik Khairy yang juga ketua Pemuda Barisan Nasional dan UMNO semasa satu sidang media.

"Akhirnya nanti, duit orang ramai juga yang digunakan. Katakan anda harus bayar RM200 juta (S$66 juta) untuk menyiarkannya, jangan beritahu saya duit hanya akan dibelanjakan begitu sahaja?"

Tambah beliau lagi kos membayar hak siaran EPL, antara lain, dilakukan menerusi proses bidaan dan akan ditanggung oleh pembayar cukai jika rancangan tersebut menjadi kenyataan.

Pemuda Pakatan Harapan pada konvensyennya semalam menjanjikan siaran perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk Liga Perdana England di RTM, jika pembangkang memperoleh mandat mentadbir negara selepas PRU14 nanti.

"Sebagai peminat Liverpool, saya ingin semua orang untuk menyaksikan kehebatan pasukan ini," kata ketua Pakatan Muda Nik Nazmi Nik Ahmad kepada The Malaysian Insight.

"Hak siaran untuk acara-acara sukan utama sepatutnya untuk orang ramai, bukan hanya TV berbayar, seperti Astro."  

Sumber : CNA/Agensi Berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan