Images
  • habib
    Khabib Nurmagomedov. (Gambar: Khabib Nurmagomedov/Facebook)

Khabib Nurmagomedov dedahkan beliau dapat tawaran WWE

RUSIA: Bintang seni mempertahan campuran atau MMA, Khabib Nurmagomedov mendedahkan bahawa beliau mendapat tawaran daripada WWE.

Masa depan Juara Dunia Kelas Lightweight UFC itu kini dalam keadaan tidak menentu akibat pergaduhan yang tercetus setelah beliau menewaskan Conor McGregor.

Khabib mengekalkan kejuaraannya bagi Kelas Lightweight setelah menewaskan Conor di Las Vegas, di mana McGregor kalah di tangan Khabib melalui 'submission' (serah diri) pada pusingan keempat.

Bagaimanapun sejurus kemenangannya itu, Khabib melompat keluar dari Octagon dan mengakibatkan pergaduhan besar setelah menyerang jurulatih McGregor, Dillion Danis.

Anggota pasukan Khabib kemudian menyerang McGregor, yang disifatkan oleh Ketua UFC, Dana White sebagai "menjijikkan".

Suruhanjaya Olahraga Negara Nevada sudah menggantung kedua-dua Khabib dan McGregor buat sementara waktu, sedang mereka menyiasat insiden tersebut.

Khabib turut memberi amaran kepada UFC bahawa beliau akan meninggalkan sukan itu sekiranya ia memecat kawannya dan juga petinju Zubaira Tukhugov, atas sebab menumbuk McGregor.

Kini WWE pula menawarkan Khabib peluang untuk menyertainya.

Dalam satu Tweet pada pagi Jumaat (12 Okt), Khabib menunjukkan bahawa syarikat berbilion dolar Vince McMahon memberinya tawaran - dan beliau serta merta menyasar untuk melawan bekas Juara Universal - dan bekas raja kelas heavyweight UFC - Brock Lesnar.

- Agensi berita/NA/na

Top