Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kes penipuan cukai: Alexis Sanchez terima hukuman penjaranya digantung

Penyerang Manchester United Alexis Sanchez mengadakan perjanjian dengan pihak berkuasa Sepanyol untuk menerima penggantungan hukuman penjara 16 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes penipuan cukai: Alexis Sanchez terima hukuman penjaranya digantung

Penyerang Manchester United Alexis Sanchez mengambil penalti yang dinafikan oleh penjaga gawang Huddersfield Town. (Gambar: PAUL ELLIS/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 02:55PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 02:57PM

MADRID: Penyerang Manchester United Alexis Sanchez mengadakan perjanjian dengan pihak berkuasa Sepanyol untuk menerima penggantungan hukuman penjara 16 bulan.

Ini disebabkan perbuatannya yang mengelak dibicarakan atas kesalahan membuat pernyataan palsu cukai.

Sanchez, yang menyertai pasukan United dari Arsenal pada bulan lalu, berdepan pembicaraan atas kesalahan membuat pernyataan palsu cukai sebanyak €983,000 (S$1.59 juta), yang dikaitkan dengan hak imej beliau semasa masih bersama gergasi Sepanyol Barcelona.

Menurut pihak pendakwa pemain berusia 29 tahun yang berasal dari Chile itu gagal mengisytiharkan sebarang wang yang diterima hasil daripada eksploitasi hak imejnya pada 2012 dan 2013.

Beliau juga gagal mengisytiharkan dirinya sebagai pemilik syarikat yang ditubuhkan di Malta, Numidia Trading Limited, yang memiliki hak tersebut.

Menerusi satu rakaman video dari London, Sanchez mengaku beliau "membuat pembayaran cukai yang tidak betul" dan sudahpun menghuraikan isu tersebut dengan pihak berkuasa cukai.

Beliau dijatuhi dua hukuman penjara lapan bulan, yang yang digantung, untuk dijalani secara berturut-turut.

Sekalipun demikian, pihak pendakwa meminta agar hukuman tersebut ditarik balik selepas dua tahun jika beliau tidak mengulangi kesalahannya.

Sanchez menjaringkan 47 gol dalam 141 perlawanan bersama Barcelona sebelum beliau menyertai Arsenal pada tahun 2014.

Beliau juga dipercayai pemain bola sepak Liga Perdana yang menerima bayaran tertinggi selepas menyertai United. Sanchez dilaporkan menerima sekitar £500,000 (S$919,000) seminggu sebelum cukai.

Sanchez merupakan salah seorang daripada beberapa pemain bola sepak berprofil tinggi yang didapati melakukan kesalahan cukai di Sepanyol. 

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan