Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Kemenangan Perancis di Piala Dunia sebabkan firma China rugi lebih S$12 juta

Firma penghasil peralatan dapur China membayar balik S$12 juta sebagai memenuhi ikrar untuk mengembalikan wang para pelanggannya sekiranya Perancis menjuarai Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Kemenangan Perancis di Piala Dunia sebabkan firma China rugi lebih S$12 juta

Pasukan bola sepak Perancis raikan kemenangan Piala Dunia. (Gamabr: Franck Fife/AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 10:26PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 10:28PM

SHANGHAI: Sebuah firma penghasil peralatan dapur China menyatakan hari ini (30 Jul) bahawa sejauh ini ia sudah membayar balik AS$9 juta (S$12 juta) sebagai memenuhi ikrar untuk mengembalikan wang para pelanggannya sekiranya Perancis menjuarai Piala Dunia tahun ini.

Vatti, antara penaja pasukan Perancis perlu mengotakan janjinya selepas Perancis menumpaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir di Moscow, dua minggu lalu.

Menurut perangkaan terbaru Vatti, firma China itu sudahpun membuat bayaran balik, sama ada dalam bentuk wang tunai atau kad-kad hadiah bernilai lebih 62 juta yuan (S$12 juta).

Jumlah keseluruhan dari langkah pemasaran itu berjumlah hampir AS$12 juta (S$16 juta).

Vatti yang ditubuhkan pada 1992, berjanji sebelum pertandingan Piala Dunia bahawa pihaknya akan membayar balik para pelanggan yang membeli "Pakej Kejohanan" beberapa produk terpilih, sekiranya Perancis menjulang piala.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan