Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga Allahyarham Nur Alam Shah terima derma S$100,000; bantu biaya

Satu sumbangan $100,000 didermakan kepada keluarga bekas pemain bola sepak Woodlands Wellington FC, Allahyarham Nur Alam Shah, yang meninggal dunia pada 18 Mei.

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga Allahyarham Nur Alam Shah terima derma S$100,000; bantu biaya

Derma dihulurkan kepada keluarga Allahyarham Nur Alam Shah (Gambar: Nurul Amirah Isa)

SINGAPURA: Satu sumbangan $100,000 didermakan kepada keluarga bekas pemain bola sepak Woodlands Wellington FC, Allahyarham Nur Alam Shah, yang meninggal dunia pada 18 Mei.

Sumbangan oleh syarikat Komoco Motors Pte Ltd itu bertujuan membantu isteri dan tiga orang anak Allahyarham, termasuk dalam bidang pendidikan.

Cek S$100,000 itu disampaikan oleh Pengarah Kewangan Komoco Motors, Encik Philip Beng, kepada Cik Azean Aziz - iaitu balu Allahyarham Nur Alam Shah.

Penyerahan cek itu dilakukan di rumah Cik Azean petang tadi.

Pihak Komoco Motors menyatakan, ia bekerjasama dengan Yayasan MENDAKI untuk memastikan agar keperluan pendidikan anak-anak Cik Azean dipenuhi, menerusi sumbangan itu.

Encik Beng berkata: "Kami berharap bahawa dengan sumbangan yang kita lakukan ini, keluarga ini dapat menjalani kehidupan seperti keluarga-keluarga Singapura yang lain di negara ini."

Selepas menerima bantuan tersebut, Cik Azean melahirkan rasa berbesar hati kerana ada yang sudi tampil untuk membantu beliau dan anak-anaknya yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

"Dana ini akan membantu kami sekeluarga dalam jangka masa yang panjang, terutama sekali untuk anak-anak saya dari segi keperluan seharian mereka," kata beliau.

Cik Azean juga berharap dana tersebut dapat membantu mereka sekeluarga mengharungi masa-masa mencabar, memandangkan beliau tidak dapat bertugas buat masa ini kerana harus menjaga anak-anaknya, terutamanya anak bongsunya.

Ini merupakan bantuan terkini yang diterima oleh keluarga Allahyarham Nur Alam Shah.

Sebelum ini, orang ramai memberi derma sekitar S$190,000 kepada keluarga Allahyarham menerusi laman pendanaan awam, GIVE.Asia.

Ia bagi membiayai pembedahan dan rawatan perubatan anak bongsunya, Muhammad Royyan, yang menghidap penyakit jantung yang dikenali sebagai Sindrom Hipoplasia Jantung Kiri (HLHS). 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan