Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kedai gunting Melayu, The Golden Rule Barber, jadi 'pilihan' bintang bola sepak Argentina

Mimpi sekumpulan tukang gunting rambut di Singapura menjadi kenyataan apabila mereka dihubungi oleh pasukan bola sepak Argentina yang mahukan khidmat mereka pada Isnin (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai gunting Melayu, The Golden Rule Barber, jadi 'pilihan' bintang bola sepak Argentina

Tukang-tukang gunting rambut dari The Golden Rule Barber Co dengan sebahagian daripada pasukan bola sepak Argentina. (Gambar: Yanto Sani/Facebook)

Diterbitkan : 13 Jun 2017 03:48PM Dikemas Kini : 05 May 2022 12:52PM

SINGAPURA: Mimpi sekumpulan tukang gunting rambut di Singapura menjadi kenyataan apabila mereka dihubungi oleh pasukan bola sepak Argentina yang mahukan khidmat mereka pada Isnin (12 Jun).

"Salah seorang daripada pemainnya, (Paulo) Dybala, meninggalkan mesej di laman Facebook kami dan pihak pengurusan tidak membaca mesej tersebut. Kami juga tidak menjawab mesej itu," kata Encik Muhammad Fauzee, seorang tukang gunting rambut dengan The Golden Rule Barber Co, kepada Mediacorp.

Perbualan antara Dybala dan The Golden Rule Barber Co. (Gambar: The Golden Rule Barber Co/Facebook)

Perbualan antara Dybala dan The Golden Rule Barber Co. (Gambar: The Golden Rule Barber Co/Facebook)

"Selepas itu, pasukan Argentina pula menelefon kami semalam pada 5.00 petang dan berkata: "Di mana anda semua, anda sepatutnya berada di hotel pada 4.30 petang. Kami menjawab: 4.30 petang apa? Hotel apa? Tiba-tiba mereka berhenti sejenak, mereka berbual, dan mereka berkata ia hanya salah faham... Pada 10.30 malam, (kami) mula menggunting rambut mereka."

Tukang-tukang gunting rambut itu dimaklumkan bahawa pasukan itu menjumpai kedai itu secara rambang menerusi pencarian Google. Mereka kemudian pergi ke Hotel Fullerton, tempat penginapan mereka sebelum perlawanan persahabatan menentang Singapura, untuk menggunting rambut bintang-bintang terkenal seperti Angel Di Maria dan Dybala.

"Ia suatu pengalaman yang tidak diduga sama sekali. Saya berasa sangat bangga syarikat saya dapat melakukan ini," kata Encik Fauzee

Perlawanan persahabatan bagi memperingati ulang tahun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang ke-125 akan berlangsung di Stadium Negara pada Selasa (13 Jun).

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan