Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kalaulah Pep Guardiola dalam kedudukan Manchester United, beliau akan...

Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata pasukan beliau tidak akan mengaku kalah dalam perjuangan Liga Perdana jika pasukannya berada dalam keadaan yang sama seperti Manchester United sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kalaulah Pep Guardiola dalam kedudukan Manchester United, beliau akan...

Pep Guardiola. (Gambar: Reuters/Carl Recine)

Diterbitkan : 03 Feb 2018 10:33PM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 10:34PM

MANCHESTER: Pengurus Manchester City Pep Guardiola berkata pasukan beliau tidak akan mengaku kalah dalam perjuangan Liga Perdana jika pasukannya berada dalam keadaan yang sama seperti Manchester United sekarang.

Komen Guardiola itu dibuat selepas Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, buat pertama kalinya mengaku kalah kepada City pada Jumaat (2 Feb).

Ini kerana Man U, yang pernah menjuarai Liga Perdana sebanyak 20 kali, kini ketinggalan di belakang City dengan 15 mata dan hanya ada 13 perlawanan lagi.

Apabila ditanya semasa kunjungan City ke Burnley, yang kini berada di kedudukan ketujuh, hari ini (3 Feb) sama ada beliau akan berputus asa jika berada dalam keadaan Mourinho, Guardiola berkata: "Tidak, saya tidak merasakan begitu. Ia tidak akan berlaku.

"Kami sudah buktikan walaupun dikalahkan dua kali pada musim ini, kami akan terus mencuba hingga ke akhirnya. Kami bermain setiap perlawanan untuk mencapai matlamat kami. Saya tahu bahawa jurang 15 mata amat besar buat masa ini. Ia sama seperti enam perlawanan yang lalu.

"Dalam bola sepak dan mana-mana sukan apa-apa sahaja boleh terjadi. Anda mungkin bagus hari ini tetapi esok anda mungkin kecundang. Perkara yang paling penting yang kami lakukan adalah untuk fokus. Mengikut pengalaman saya, sehinggalah semuanya selesai, anda harus bersiap untuk berdepan dengan apa-apa yang berlaku."

City sudah bertahan mengharungi musim yang sibuk dan berjaya menempah tempat di kalangan 16 pasukan terakhir dalam Liga Juara-Juara.

Ia juga memasuki pusingan kelima Piala FA dan pusingan akhir Piala Liga, di samping menguasai kedudukan liga. Guardiola berkata beliau akan merehatkan para pemainnya selepas perlawanan menentang Burnley.

"Selepas perlawanan dengan Burnley, sehingga Rabu depan para pemain akan berehat," tambah Guardiola.

"Para pemain boleh melakukan apa sahaja yang mereka inginkan, mereka boleh melancong atau apa sahaja. Jika mereka ingin mencari cuaca panas atau kekal di Manchester sahaja, mereka boleh lakukan apa saja. Mereka bebas."  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan