Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Kalahkan Augsburg, Bayern Munich juara Bundesliga 6 kali berturut-turut

Bayern Munich meraih kejuaraan Liga Bundesliga Jerman musim ini selepas menang besar ke atas Augsburg.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Apr 2018 06:14PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 09:51PM

BERLIN: Bayern Munich meraih kejuaraan Liga Bundesliga Jerman musim ini selepas menang besar ke atas Augsburg.

Pasukan tersebut kembali menguasai perlawanan selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke-8 apabila Niklas Sule menjaringkan gol sendiri.

Hanya sejurus sebelum masa rehat, Corentin Tolisso pula berjaya menyamakan kedudukan untuk Bayern.

Malah, juara liga itu terus menambah bilangan gol selepas James Rodriguez meletakkan Bayern di hadapan 1-2 pada minit ke-38.

Selepas masa rehat pula, Arjen Robben meluaskan jurang gol kepada 1-3 dan Sandro Wagner memastikan kemenangan Bayern hasil gol keempat pada minit ke-84.

Persembahan cemerlang semalam (7 Apr) merupakan rekod kemenangan ke-28 bagi Bayern dan yang keenam berturut-turut.

Keputusan perlawanan Liga Bundesliga:

Cologne 1 Mainz 1

Freiburg 0 Wolfsburg 2

Borussia Moenchengladbach 2 Hertha Berlin 1

Augsburg 1 Bayern Munich 4

Hamburg 3 Schalke 2 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan