Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Juventus, Santos mempertahan Ronaldo

Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, dan kelab bola sepak Juventus melaungkan sokongan buat Cristiano Ronaldo, selepas pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu "dengan tegas menafikan" tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Juventus, Santos mempertahan Ronaldo

(Gambar fail: Heino Kalis/Reuters)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 10:46PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 11:00PM

LISBON: Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, dan kelab bola sepak Juventus melaungkan sokongan buat Cristiano Ronaldo, selepas pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu "dengan tegas menafikan" tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya.

Kathryn Mayorga, seorang bekas peragawati, mendakwa Ronaldo melakukan serangan seksual ke atas dirinya di sebuah hotel di Las Vegas pada 2009.

Laporan NBC Sports menukil Ronaldo sebagai menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "berita palsu" sebelum mengeluarkan kenyataan penafian di media sosial, di mana beliau menafikan dakwaaan tersebut dan menyifatkan perbuatan rogol sebagai "jenayah yang keji".

Menurut NBC Sports, Juventus mengeluarkan satu kenyataan di Twitter pada Khamis (4 Okt) untuk memberikan sokongan buat Ronaldo, yang menyertai pasukan Serie A itu pada Julai lalu.

"Cristiano Ronaldo sudah memaparkan sifat profesional serta dedikasi yang tinggi sejak beberapa bulan lalu, dan kami di Juventus menghargainya," menurut kelab itu dalam satu kenyataan. 

"Pertuduhan yang berlaku hampir 10 tahun lalu tidak akan mengubah padangan kami," menurut kenyataan tersebut seperti yang ditukil oleh NBC Sports. 

Polis Las Vegas, awal minggu ini, membuka semula siasatan terhadap dakwaan serangan seksual yang berlaku pada tahun sama seperti yang didakwa Cik Mayogra, namun pihak polis tidak menamakan sebarang mangsa mahupun suspek.

Para peguam Cik Mayorga mengadakan satu sidang media pada Rabu (3 Okt), di mana mereka menyenaraikan segala penderitaan emosi yang dilalui anak guamnya itu akibat serangan seksual tersebut.

Dalam pada itu, Santos tidak menyenaraikan Ronaldo bagi perlawanan dengan Poland dan Scotland. Beliau mendedahkan bahawa pemain itu tidak hadir ketika pertemuan dengan Itali dan Croatia bulan lalu.

Meskipun Santos tidak mengesahkan sebab Ronaldo tidak disertakan dalam perlawanan tersebut, beliau tetap melaungkan sokongan buat ketua pasukannya itu.

"Saya percaya dengan apa yang beliau katakan dua, tiga hari lalu. Beliau menyifatkan jenayah tersebut sebagai tindakan yang keji," kata Santos.

"Beliau menyatakannya berulang kali bahawa beliau tidak bersalah.

"Saya amat mengenali Ronaldo. Saya percaya beliau tidak akan melakukan jenayah tersebut," tambahnya.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan