Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling, SingaXII beri hadiah istimewa kepada S'pura sempena Hari Kebangsaan

Perenang negara, Joseph Schooling menang pingat gangsa acara 100 meter gaya kupu-kupu di Kejohanan Renang Dunia di Rusia. Pasukan SingaXII pula berjaya menundukkan pendahulu liga, Pahang FA, 4-2 dalam perlawanan Liga Super Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Aug 2015 06:28PM Dikemas Kini : 09 Aug 2015 09:23PM

SINGAPURA: Bidang sukan memberi hadiah istimewa kepada Singapura sempena ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50.

Perenang negara, Joseph Schooling mencatat sejarah di Kejohanan Renang Dunia di Kazan, Rusia.

Schooling, 20 tahun, menang pingat gangsa acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Catatan masanya, 50.96 saat juga merupakan satu rekod baru Asia.

Itulah kali pertama Singapura menang pingat dalam Kejohanan Renang Dunia.

Tumpuan Schooling kini Sukan Olimpik di Rio tahun depan.

SINGAXII BELASAH PAHANG 4-2 DALAM LIGA SUPER M'SIA

Persembahan baik pasukan SingaXII dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada malam semalam (8 Ogos) juga bak hadiah istimewa kepada negara.

Para pemain negara berjaya menundukkan pendahulu liga, Pahang FA, 4-2.

Faris Ramli dan Madhu Mohana menjaringkan dua gol Singapura dalam babak pertama sebelum Matias Conti merapatkan jurang gol menjadi 2-1.

Kedudukan menjadi 4-1 apabila Faris Ramli dan Safuwan Baharudin menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Namun dalam masa kecederaan Pahang FA dapat menjaringkan satu gol menjadikan keputusan muktamad 4-2.

SingaXII selepas menundukkan Pahang FA 4-2 dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada 8 Ogos 2015. (Gambar: Facebook/LionsXII/Raj Kiran Chobey)

SingaXII selepas menundukkan Pahang FA 4-2 dalam perlawanan Liga Super Malaysia pada 8 Ogos 2015. (Gambar: Facebook/LionsXII/Raj Kiran Chobey)

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan