Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Joseph Schooling meterai perjanjian 3 tahun dengan DBS

Joseph Schooling menandatangangi perjanjian keduanya dalam seminggu sebagai seorang atlit profesional. Kali ini, ia merupakan kerjasama tiga tahun dengan DBS, bermula tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Joseph Schooling meterai perjanjian 3 tahun dengan DBS

Joseph Schooling menandatangangi perjanjian keduanya dalam seminggu sebagai seorang atlit profesional dengan DBS. (Gambar: DBS)

Diterbitkan : 02 Apr 2018 04:22PM Dikemas Kini : 02 Apr 2018 04:29PM

SINGAPURA: Joseph Schooling menandatangangi perjanjian keduanya dalam seminggu sebagai seorang atlit profesional. Kali ini, ia merupakan kerjasama tiga tahun dengan DBS, bermula tahun ini.

Dalam satu kenyataan media hari ini (2 Apr), DBS menyatakan di bawah perjanjian itu, atlit 22 tahun berkenaan akan melibatkan diri dalam beberapa kegiatan masyarakat dan media sosial "untuk menggalak dan mempengaruhi (golongan muda) mengatasi cabaran-cabaran mereka dan melakarkan laluan kejayaan mereka sendiri".

DBS juga akan membantu mahasiswa jurusan perniagaan itu untuk menjadikan cita-citanya bekerja dalam bidang pengurusan kekayaan, satu kenyataan. Ini akan dilakukan melalui penempatan atau internship serta sesi bimbingan bersama mentor di luar jadual latihan berenang profesionalnya.

Hujung bulan lalu, Schooling menjadi rakyat Singapura pertama dinamakan sebagai duta Hugo Boss selepas mengakhiri pelibatannya dalam persada sukan kolej dan menjejak langkah ke dalam dunia profesional.

Ketua DBS Singapura, Sim S Lim berkata: "Perjalanan Joseph Schooling sebagai seorang budak lelaki dengan cita-cita untuk membanggakan Singapura sebagai juara renang menunjukkan matlamat dan dedikasi yang teguh."

Schooling pula berkata beliau bangga untuk bekerjasama dengan DBS.

"Bersama DBS, saya ingin memberi inspirasi kepada generasi pelapis rakyat Singapura dengan menimba perjalanan saya agar bukan sahaja bekerja keras tetapi menjalankan kehidupan sepenuhnya," katanya.  

Sumber : CNA/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan