Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Jepun teruskan kejutan Piala Dunia 2018

Jepun mencipta satu lagi kejutan di Piala Dunia edisi kali ini dengan menewaskan Colombia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H malam semalam (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun teruskan kejutan Piala Dunia 2018

Pemain Jepun Shinji Kagawa selepas menjaringkan gol menerusi tendangan penalti semasa Piala Dunia 2018. (Gambar: AFP/Jack Guez)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:39AM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 07:45AM

RUSIA: Jepun mencipta satu lagi kejutan di Piala Dunia edisi kali ini dengan menewaskan Colombia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H malam semalam (19 Jun).

Sebelum ini, Iceland mengecewakan Argentina dengan keputusan seri 1-1, Switzerland mengikat Brazil dengan jaringan sama manakala Mexico menewaskan Jerman 1-0.

Ini baru saja perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Menurut laporan Malaysiakini yang menukil Reuters, ia sekaligus menjadikan Jepun sebagai pasukan Asia pertama yang menewaskan pasukan dari Amerika Selatan - yang memang terkenal dengan tradisi bola sepaknya - dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu.

Namun kejayaan itu 'dibantu' oleh pemain tengah Carlos Sanchez yang dilayangkan kad merah seawal minit ketiga apabila menggunakan tangannya untuk menghalang bola di petak penalti.

Tambah Malaysiakini, Jepun dianugerahi tendangan penalti ekoran tindakan itu dan disempurnakan oleh pemain tengah Shinji Kagawa.

Menurut Malaysiakini lagi, Juan Quintero kemudian menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma sebaik sebelum tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Jepun terus mengasak Colombia dan Yuya Osako berjaya menandukkan gol kemenangan buat Jepun pada minit ke-73.

Dua lagi negara dalam Kumpulan H adalah Poland dan Senegal.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan