Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia pertingkat keselamatan jelang Sukan Asia

40,000 askar dan pegawai polis akan dikerahkan ke ibu kota Jakarta dan Palembang di Sumatera, dari 18 Ogos sehingga 2 September ini

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia pertingkat keselamatan jelang Sukan Asia

Pemeriksaan keselamatan dijalankan di Jakarta dan Palembang, Sumatera. (Gambar: AFP/Abdul-Bdul Qodir)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 02:14PM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 02:16PM

JAKARTA: Indonesia akan mengerahkan beribu-ribu kakitangan keselamatan bagi mencegah jenayah jalanan dan potensi berlakunya serangan pengganas semasa berlangsungnya Sukan Asia bulan ini, menurut pihak polis Indonesia, semalam (3 Ogos).

Sekitar 40,000 askar dan pegawai polis akan dikerahkan ke ibu kota Jakarta dan Palembang di Sumatera, dari 18 Ogos sehingga 2 September ini.

Lagi 10,000 pegawai polis juga akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Jakarta, manakala beratus-ratus kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam dan luar lokasi-lokasi sukan.

Selain itu, keselamatan di tempat-tempat awam, termasuk lapangan terbang, pusat beli-belah, hotel dan daya tarikan pelancong akan dipertingkatkan.

Pengganasan, jenayah jalanan dan kesesakan jalan raya adalah keutamaan bagi temasya sukan tersebut menurut ketua polis, Tito Karnavian awal minggu lalu.

Indonesia mengalami serangan pengganas paling berdarah sepanjang tempoh sedekad pada Mei lalu apabila para pengebom nekad membunuh 13 orang di Surabaya.

Lebih 11,000 atlit dari 45 negara dijangka bertanding bagi acara sukan kedua terbesar di dunia itu.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan