Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Hariss Harun tidak jadi main di Sepanyol, dalam satu perkembangan mengejutkan

Bintang bola sepak Singapura, Hariss Harun, kembali ke tanah air untuk menyertai pasukan Kelab Bola Sepak Home United (HUFC).

Anggaran Waktu Membaca:
Hariss Harun tidak jadi main di Sepanyol, dalam satu perkembangan mengejutkan

Hariss Harun beraksi semasa satu perlawanan persahabatan pasukan negara. (Gambar: Wee Teck Hian/TODAY)

Diterbitkan : 09 Mar 2017 10:39PM Dikemas Kini : 09 Mar 2017 10:40PM

SINGAPURA: Bintang bola sepak Singapura, Hariss Harun, kembali ke tanah air untuk menyertai pasukan Kelab Bola Sepak Home United (HUFC) secara pinjaman, selepas beliau gagal mendapatkan visa untuk bermain di Sepanyol.

Pemain midfield berusia 26 tahun itu pada awalnya dipinjamkan kepada kelab CE L’Hospitalet Divisyen B Segunda selama setahun oleh kelab beliau Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hariss tiba di Sepanyol pada 23 Februari dan menyertai sesi latihan pertama dengan pasukan itu pada 27 Februari.

"HUFC mengalu-alukan kedatangan Hariss dan ingin berterima kasih kepada JDT atas pelan kerjasama bagi memastikan Hariss Harun mengekalkan standard bola sepaknya," menurut kelab itu dalam satu kenyataan hari ini (9 Mac).

"HUFC akan memastikan pasukan negara Singapura, JDT dan HUFC memanfaatkan sikap profesional dan kemampuan teknikal Hariss. Sebagai sebuah kelab, kami mengalu-alukan kedatangan seorang pemain yang mempunyai nilai yang tinggi," menurut kelab tempatan itu.

Beliau sepatutnya menjadi rakyat Singapura pertama untuk bermain secara profesional di Sepanyol.

Hariss yang mewakili pasukan negara sebanyak 71 kali mempunyai kontrak dengan JDT yang bakal tamat hujung tahun ini, dengan pilihan untuk dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Beliau dilaporkan menerima gaji hampir S$43,000 sebulan daripada juara Liga Super Malaysia itu.

Bulan lalu, kelab-kelab Liga S. tempatan memberitahu TODAY bahawa terlalu mahal untuk mendapatkan khidmat Hariss.

Seorang jurucakap Home United tidak dapat mendedahkan gaji Hariss. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan