Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Gareth Bale, Karim Benzema dan Thibaut Courtois antara calon anugerah Ballon d'Or

Pemain penyerang Read Madrid dan Wales, Gareth Bale, serta pemain midfield Manchester City asal Belgium, Kevin de Bruyne, menjadi antara pemain yang diumumkan dalam senarai pencalonan bagi anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d'Or. Senarai itu didedahkan hari ini (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Gareth Bale, Karim Benzema dan Thibaut Courtois antara calon anugerah Ballon d'Or

Thibaut Courtois juga dari Real Madrid dan Belgium. (Gambar: Yuri Kadobnov/AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 10:15PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 10:33PM

PARIS: Pemain penyerang Read Madrid dan Wales, Gareth Bale, serta pemain midfield Manchester City asal Belgium, Kevin de Bruyne, menjadi antara pemain yang diumumkan dalam senarai pencalonan bagi anugerah pemain bola sepak terbaik Ballon d'Or. Senarai itu didedahkan hari ini (8 Okt).

Bale, yang menyumbatkan dua gol bagi kemenangan Real Madrid semasa menentang Liverpool dalam pertarungan akhir Piala Liga Juara-Juara, kini menyertai rakan sepasukannya Karim Benzema dalam senarai tersebut.

Seramai 30 pemain akan dicalonkan sebagai pemain bola sepak terbaik tahun ini dan nama mereka akan diumumkan secara bertahap-tahap.

De Bruyne pula dicalonkan kerana membantu kelab Manchester City memenangi piala Liga Perdana England, selain menjadi pemain utama yang memastikan Belgium sampai ke peringkat separuh akhir kejohanan Piala Dunia beberapa bulan lalu.

Anugerah Ballon d'Or dianjurkan oleh majalah France Football dan pemenangnya akan diumumkan pada 3 Disember nanti. Anugerah itu sudah dianjurkan sejak tahun 1956.

Turut dicalonkan ialah Cristiano Ronaldo, yang sebelum ini pernah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali.

Dua penjaga gawang juga tersenarai di kalangan nama yang diumumkan hari ini, iaitu Thibaut Courtois juga dari Real Madrid dan Belgium, serta Alisson Becker dari Liverpool dan Brazil.

Buat pertama kalinya, Ballon d'Or bagi pemain bola sepak wanita akan diperkenalkan tahun ini.

Malah buat pertama kalinya juga pemain terbaik di bawah usia 21 tahun akan diberikan Piala Kopa. Pemain Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe, disebut-sebut mungkin menjadi pemenangnya yang pertama.

Berikut ini adalah antara calon-calon pertama daripada 30 calon untuk anugerah Ballon d'Or:

Sergio Aguero
Alisson Becker
Gareth Bale
Karim Benzema
Edinson Cavani
Thibaut Courtois
Cristiano Ronaldo
Kevin De Bruyne
Roberto Firmino
Diego Godin
Antoine Griezmann
Eden Hazard
Isco
Harry Kane
N'Golo Kante 

Sumber : AFP/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan