Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Filipina tarik diri dari bola keranjang Sukan Asia

Keputusan dibuat berikutan kekecohan yang berlaku semasa pertandingan menentang Australia di kelayakan Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Filipina tarik diri dari bola keranjang Sukan Asia

Pertelingkahan antara pasukan bola keranjang Filipina dengan Australia. (Gambar: AFP/TED ALJIBE)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 06:26PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 06:31PM

MANILA: Pasukan bola keranjang kebangsaan Filipina mengumumkan hari ini (27 Jul) bahawa ia menarik diri daripada Sukan Asia di Jakarta-Palembang. Keputusan itu dibuat berikutan kekecohan yang berlaku semasa pertandingan menentang Australia di kelayakan Piala Dunia, 2 Mac lalu di Manila.

Badan pentadbiran bola keranjang, FIBA, menggantung 10 pemain Filipina berserta dua jurulatihnya dari skuad kebangsaan Filipina disebabkan perkelahian di gelanggang dalam pertandingan tersebut.

SBP juga diarah membayar denda 250,000 Swiss Francs (S$342,131) manakala ketua jurulatih Vincent Reye dikenakan denda 10,000 Francs (S$13,686) kerana dituduh mendorong para pemainnya untuk bergaduh.

"Kami tiada masa dan peluang untuk menghantar pasukan optimal bagi Sukan Asia. Kami akan beri tumpuan kepada usaha untuk mempertingkat diri bagi pusingan seterusnya di kelayakan dunia," kata presiden Persekutuan Bola Keranjang Filipina (SBP), Al Panlilio hari ini (27 Jul).

"Kami akan memfailkan rayuan mengenai keputusan FIBA dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai aspek-aspek penting keputusan itu," beliau menambah.

Keputusan SBP untuk menarik diri dari Sukan Asia merupakan sesuatu yang mengejutkan kerana bola keranjang adalah sukan yang paling popular di negara itu.

Indonesia akan menjadi tuan rumah kepada para atlit dari 45 negara Asia dari 18 Ogos hingga 2 September, dalam acara sukan sukan kedua terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik.

Sumber : AFP/KN/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan