Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FIFA yakin, Rusia dapat jamin keselamatan Piala Dunia

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melahirkan 'kepercayaan sepenuhnya' dalam kemampuan Rusia bagi memastikan keselamatan penganjuran Piala Dunia sekali pun satu lagi kes keganasan tercetus di Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:
FIFA yakin, Rusia dapat jamin keselamatan Piala Dunia

Pertembungan berlaku membabitkan penyokong kelab dari Rusia, Spartak Moscow dengan Athletic Bilbao. (Gambar: Ander Gillenia/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2018 11:39PM Dikemas Kini : 23 Feb 2018 11:43PM

MOSCOW: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melahirkan 'kepercayaan sepenuhnya' dalam kemampuan Rusia bagi memastikan keselamatan penganjuran Piala Dunia sekali pun satu lagi kes keganasan tercetus di Sepanyol.

Kekecohan itu tercetus susulan pertembungan membabitkan penyokong kelab dari Rusia, Spartak Moscow dengan Athletic Bilbao bagi perlawanan Liga Eropah di Sepanyol yang menyaksikan seorang pegawai polis meninggal dunia.

Pegawai polis dari wilayah Basque itu mengalami serangan jantung ketika ratusan polis bertembung dengan peminat Spartak dan Bilbao sebelum perlawanan itu berlangsung.

Jabatan keselamatan tempatan bagaimanapun berkata kematiannya tidak dikaitkan secara 'terus' terhadap kecederaan yang diperolehnya ketika pertempuran dengan peminat Rusia yang memakai penutup kepala berwarna hitam.

Mendiang "secara tiba-tiba jatuh sakit ketika insiden itu sedang memuncak... Sekali pun dengan pantas dikejarkan ke hospital, beliau mengalami serangan jantung," kata jabatan keselamatan Basque.

Polis berkata mereka menahan sembilan orang - termasuk tiga peminat Rusia dan seorang rakyat Poland. Akhbar harian sukan Moscow, Sport Express melabel mereka sebagai peminat 'samseng' sayap kanan Spartak dan sayap kiri Basque.

FIFA berkata ia "amat kesal" dengan insiden berkenaan tetapi tidak menyalahkan sesiapa.

"Dengan keselamatan di Piala Dunia 2018 sebagai keutamaan, FIFA meletakkan kepercayaan penuh terhadap aturan keselamatan dan konsep keselamatan komprehensif yang dibangunkan oleh pihak berkuasa Rusia dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan," kata jurucakap FIFA.

"Seperti yang ditunjukkan ketika Piala Konfederasi tahun lalu, Rusia sudah pun mempunyai piawai keselamatan yang tinggi untuk memenuhi kehendak yang tertentu bagi acara sukan besar seperti ini."

Rusia akan menganjurkan Piala Dunia pertamanya dari 14 Jun hingga 15 Julai.  

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan