Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Federer pemain tenis Nombor 1 dunia tertua dalam sejarah

Roger Federer mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia yang paling tua dalam sejarah sukan tenis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2018 03:17PM Dikemas Kini : 17 Feb 2018 10:41PM

ROTTERDAM: Roger Federer mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia yang paling tua dalam sejarah sukan tenis.

Federer, 36 tahun, meraih pencapaian itu apabila mengalahkan Robin Haase untuk mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Terbuka Rotterdam, di Belanda.

Sebelum ini, rekod tersebut menjadi milik Andre Agassi yang kali terakhir dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia pada usia 33 tahun pada tahun 2003.

Sebagai pemenang Grand Slam sebanyak 20 kali, Federer kembali menduduki persada senarai dunia selepas tersingkir pada Oktober 2012.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan