Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAS bidas komen Bill Ng tentang derma S$850,000

Di satu sidang media Team Game Changers (TGC) - salah satu pasukan yang bersaing untuk pemilihan pucuk kepimpinan Majlis FAS yang akan datang ini - Ng berkata beliau mendermakan jumlah itu selepas FAS meminta bantuan beliau untuk kelab LionsXII.

Anggaran Waktu Membaca:
FAS bidas komen Bill Ng tentang derma S$850,000

Team Game Changers mengadakan sidang media bagi menyampaikan manifesto pasukan itu. (Gambar: Hafiz Ma'il)

Diterbitkan : 14 Apr 2017 02:56PM Dikemas Kini : 14 Apr 2017 02:58PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Pengerusi Hougang United Bill Ng saling bertikam lidah mengenai derma sebanyak S$850,000 yang Ng mendermakan kepada FAS.

Di satu sidang media Team Game Changers (TGC) - salah satu pasukan yang bersaing untuk pemilihan pucuk kepimpinan Majlis FAS yang akan datang ini - Ng berkata beliau mendermakan jumlah itu selepas FAS meminta bantuan beliau untuk kelab LionsXII, yang sudah dibubarkan.

Presiden TGC itu berkata di sidang media berkenaan yang diadakan semalam (13 Apr) bahawa FAS bertanya jika beliau boleh menyediakan jumlah itu sebagai derma dan bukan tajaan kerana derma hanya memerlukan cek manakala "banyak kontrak" diperlukan bagi tajaan.

Ditanya jika beliau tahu tentang tujuan di sebalik derma itu, Ng berkata "itu soalan yang baik" dan memandangkan beliau bukan dalam badan perlembagaan FAS, hanya "jawapan terhad" saja yang dapat diberikan.

Beliau mencadangkan agar soalan itu ditujukan kepada Setiausaha Agung FAS sendiri, Winston Lee.

Dalam satu kenyataan hari ini mengenai komen Ng itu, Lee berkata FAS akan mengambil tindakan terhadap "pihak-pihak yang dengan sengaja menuduh persatuan itu tidak menguruskan dana dengan baik".

Menurut Lee, Ng memperkenalkan sebuah syarikat yang mendermakan S$200,000 kepada LionsXII selepas FAS mendampingi para penaja dan penderma untuk menyokong pasukan itu sedang ia bersiap sedia untuk menyertai Liga Super Malaysia.

Pada tahun 2014, Ng juga menderma S$500,000 kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN melalui FAS selepas FAS meminta beliau menyokong sistem pengurusan persekutuan berkenaan, kata Lee, sambil menambah: "(Ng) tahu bagaimana derma itu digunakan dan ia bukan untuk FAS".

Tambahan lagi, Lee berkata, Ng menyokong FAS melalui Hari Golf Amal dan acara-acara lain yang mengumpul derma sekitar S$15,000.

"Semua derma dan tajaan daripada rakan-rakan kami direkodkan," jelas Lee.

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan