Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FAM didenda lebih $40,000 atas laungan 'anjing' di Sukan SEA

 Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda AS$30,000 (S$40,900) selepas para penyokong pasukan Malaysia melaungkan perkataan "anjing" kepada para penyokong Singapura dan Brunei semasa perlawanan-perlawanan di Sukan SEA yang lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2017 08:38PM Dikemas Kini : 31 Oct 2017 10:36PM

BERITAMediacorp: Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) didenda AS$30,000 (S$40,900) selepas para penyokong pasukan Malaysia melaungkan perkataan "anjing" kepada para penyokong Singapura dan Brunei semasa perlawanan-perlawanan di Sukan SEA yang lalu.

Menurut Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) perbuatan itu dilakukan semasa Brunei menentang Malaysia pada 14 Ogos lalu dan dua hari kemudian semasa Singapura berdepan dengan Malaysia.

Jawatankuasa disiplin AFC menjatuhkan hukuman denda AS$15,000 (S$20,400) bagi setiap kesalahan itu.

Sementara itu, kelab Bundesliga Jerman, Cologne, pula diarahkan membayar ganti rugi kepada kelab Arsenal atas kerosakan yang berlaku semasa perlawanan Liga Europa antara kedua-dua pasukan di London, bulan lalu.

Persekutuan Bola Sepak Eropah UEFA juga mengarahkan pengharaman satu perlawanan di padang lawan bagi para penyokong Cologne, yang digantung dua tahun, sekiranya berlaku lagi kekacauan.

Cologne juga didenda AS$70,000 (S$95,400) atas kelakuan para penyokongnya di stadium Emirates.

Cologne ketika itu diberikan 3,000 tiket tetapi kira-kira 20,000 penyokongnya menyerbu stadium itu sehingga menyebabkan permulaan perlawanan tergendala sejam.



Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan