Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Hamilton juarai Grand Prix S'pura

Ricciardo menduduki tempat kedua buat tiga kali berturut-turut di Singapura, manakala rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas berada di tangga ketiga dan pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz, menduduki tempat keempat.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Hamilton juarai Grand Prix S'pura

Pemandu Mercedes Lewis Hamilton. (Gambar AP /Wong Maye-E)

Diterbitkan : 18 Sep 2017 12:14PM Dikemas Kini : 18 Sep 2017 12:18PM

SINGAPURA: Lewis Hamilton muncul sebagai juara perlumbaan Grand Prix Singapura pada Ahad (17 Sep), sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai pelumba F1 setelah pesaingnya, Sebastian Vettel hilang kawalan keretanya dan tersingkir daripada pelumbaan di pusingan pertama.

Kedua-dua pemandu Ferrari Vettel dan Kimi Raikkonen, dan pemandu Red Bull Max Verstappen tersingkir daripada perlumbaan di pusingan pertama dengan litar yang licin akibat hujan turut menyaksikan tiga kereta keselamatan dikerahkan dan perlumbaan itu berakhir dengan hanya 12 pemandu.

Perlumbaan tersebut bagaimanapun berjalan lancar untuk pemandu Mercedes, Hamilton, yang memulakan perlumbaan di petak kelima sebelum mengatasi pemandu Red Bull Daniel Ricciardo untuk meraih kemenangannya yang ketiga berturut-turut.

Dengan kemenangan perlumbaan ke-60 dan ke-7 musim ini, Hamilton - yang sebelum ini mengatakan bahawa beliau memerlukan satu "keajaiban" selepas mengalami kesukaran untuk merebut kedudukan yang lebih baik - kini mendahului persaingan dengan 28 mata di hadapan Vettel dengan baki enam perlumbaan bagi musim ini.

Ricciardo menduduki tempat kedua buat tiga kali berturut-turut di Singapura, manakala rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas berada di tangga ketiga dan pemandu Toro Rosso, Carlos Sainz, menduduki tempat keempat.

Sergio Perez menduduki tangga kelima dan Jolyon Palmer, yang masih terpinga-pinga setelah mendapat tahu bahawa tempatnya akan diambil alih oleh Sainz dalam pasukan Renault pada musim depan, menduduki tangga keenam - juga merupakan kedudukan terbaiknya dalam F1.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan