Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Eden Hazard asah prestasi bagi Piala Dunia, bantu Belgium tundukkan Mesir 3-0

Belgium manfaatkan peluang apabila pihak lawan, Mesir terpaksa bermain tanpa pemain bintang Mohamed Salah.

Anggaran Waktu Membaca:
Eden Hazard asah prestasi bagi Piala Dunia, bantu Belgium tundukkan Mesir 3-0

Pemain hadapan Belgium Eden Hazard (kiri) jaringkan gol dalam perlawanan persahabatan menentang Mesir, menjelang Piala Dunia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 09:36AM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 12:49PM

BRUSSELS: Eden Hazard menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi jaringan untuk Belgium mengatasi Mesir 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan Rabu (6 Jun), menjelang Piala Dunia.

Belgium berada dalam Kumpulan G bersama pasukan England, Tunisia dan Panama, dan dijangka mara ke pusingan seterusnya dalam kejohanan yang berlangsung antara 14 Jun hingga 15 Jul.

Namun jurulatih Roberto Martinez masih belum dapat menambat hati para penyokong, yang bimbang tentang kehilangan khidmat tonggak pertahanan Thomas Vermaelan dan Vincent Kompany.

Bintang Chelsea, Hazard, yang terpaksa berundur setelah separuh masa pertama akibat tendangan ke bahagian lutut, berkata bahawa Belgium perlu mempamerkan prestasi permainan yang serupa di Rusia jika ingin terus maju.

"Jika kami ingin mara jauh dalam Piala Dunia, kami perlu bermain seperti malam ini dan terus mantapkan tahap tenaga," kata Hazard.

Pihak lawan Mesir pula terpaksa bermain tanpa bintang Liverpool, Mohamed Salah, yang cedera dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara menentang Real Madrid baru-baru ini.

Ini sekaligus memberi peluang untuk pasukan Belgium menebus balik kesukaran yang dihadapi sebelum ini.

Gol pertama Belgium dijaringkan pemain penyerang Manchester United Romelu Lukaku pada minit ke-27, apabila penjaga gawang Mesir menumbuk keluar percubaan Hazard.

Hazard menjadikan kedudukan 2-0, 11 minit kemudian selepas gerakan menarik Yannick Carrasco yang merampas bola dari garisan gol. Ini merupakan gol ke-22 Hazard untuk pasukan Belgium dalam 80 perlawanan.

Pemain hadapan Manchester United Maruoane Fellaini menghasilkan gol penutup buat Belgium di saat-saat akhir perlawanan. 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan