Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Cristiano Ronaldo ‘bakal bergelar bapa anak kembar’; ibu tumpang dijangka lahirkan ‘tidak lama lagi’

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo akan menjadi seorang bapa kepada sepasang kembar lelaki, menurut sumber keluarganya.

Anggaran Waktu Membaca:
Cristiano Ronaldo ‘bakal bergelar bapa anak kembar’; ibu tumpang dijangka lahirkan ‘tidak lama lagi’

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo. (Gambar: Cristiano/ Instagram)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 12:08AM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 12:21AM

MADRID: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo akan menjadi seorang bapa kepada sepasang kembar lelaki, menurut sumber keluarganya.

Menurut laporan The Sun, seorang ibu tumpang yang berpangkalan di pantai barat Amerika sedang sarat hamil dan beliau dikatakan akan melahirkan “dalam masa terdekat”.

Pemain Real Madrid berusia 32 tahun itu juga memberitahu keluarga serta rakan-rakan rapatnya bahawa pasangan kembar tersebut akan diterbangkan ke rumahnya yang bernilai £5 juta (S$7.5 juta) itu, di pinggir ibu kota Sepanyol itu.

(Gambar: Cristiano/ Instagram)

Cristiano Ronaldo dan anaknya, Cristiano Jr. (Gambar: Cristiano/ Instagram)

Dalam petikan laporan The Sun, sumber itu berkata: “Cristiano dan keluarganya tidak sabar untuk bertemu ahli-ahli baru keluarga mereka itu.

“Beliau tidak suka mendedahkan kehidupan peribadinya tetapi beliau sudah memberitahu keluarga rapat dan sahabat-sahabatnya bahawa kembar lelaki itu dijangka tiba tidak lama lagi.”

Ronaldo, yang sedang menjalin hubungan dengan Georgina Rodriguez, juga mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Jr, yang dikatakan dilahirkan oleh seorang wanita di San Diego.

“Beliau merasakan ia adalah masa yang tepat bagi anak lelakinya untuk membesar dengan adik-beradik lain,” menurut sumber itu, dalam laporan The Sun. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan