Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

City juara Liga Perdana selepas United kalah

Manchester City dinobat sebagai juara Liga Perdana England (EPL) semalam (15 Apr) selepas Manchester United tumpas 1-0 di tangan West Brom.

Anggaran Waktu Membaca:
City juara Liga Perdana selepas United kalah

Gambar: OLI SCARFF/AFP

Diterbitkan : 16 Apr 2018 08:35AM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 08:40AM

LONDON: Manchester City dinobat sebagai juara Liga Perdana England (EPL) semalam (15 Apr) selepas Manchester United tumpas 1-0 di tangan West Brom. Dengan itu, Pep Guardiola menambah satu lagi piala kepada kerjayanya selain yang turut dimenangi ketika memimpin Barcelona dan Bayern Munich.

Sabtu lalu (14 Apr), Manchester City hampir menjulang piala berkenaan setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Tottenham Hotspurs. City hanya menantikan keputusan perlawanan Manchester United semalam.

Namun, 24 jam kemudian, Manchester City mencapai matlamat tersebut selepas Jay Rodriguez yang menerajui jentera serangan West Brom menanduk bola masuk ke gawang pada minit ke-73 di Old Trafford.

Kapten Manchester City, Vincent Kompany memulakan sambutan bagi kejayaan itu dengan memuat naik catatan di Twitter yang berbunyi: “Juara! Rasanya sangat hebat! (Kami) Sangat gembira untuk berkongsi satu lagi trofi bersama para peminat kami!”

Malah, para penyokong West Brom berkali-kali melaungkan: “Manchester City, kami menang (perlawanan ini) untuk anda”, manakala para peminat Manchester United pula terpaksa menggigit jari.

Dengan kejayaan tersebut, ini bermakna Guardiola adalah warga Sepanyol yang pertama untuk menjulang piala EPL. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan