Images
  • chelsea wins
    Jorginho menyumbatkan satu gol dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana England. (Gambar: Oli Scarff/ AFP)

Chelsea tunjuk taring, kalahkan Huddersfield 3-0

LONDON: Chelsea menang besar dalam perlawanan pembukaan di Huddersfield. Di bawah tunjuk ajar pengurus baru Maurizio Sarri, Chelsea berjaya membolosi gawang gol lawan pada minit ke-34 menerusi N'Golo Kante.

Sejurus sebelum masa rehat, pemain baru Chelsea, Jorginho, menyempurnakan tendangan penalti bagi gol kedua pertarungan di padang pasukan lawan itu.

Meskipun Chelsea mendahului perlawanan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama, pasukan itu terus menggugat gawang lawan menerusi hantaran lebih banyak ke barisan serangan.

Huddersfield bagaimanapun berjaya membendung serangan sehinggalah Willan digantikan dengan Eden Hazard yang kemudian menghantar bola yang cantik kepada Pedro Rodriguez.

Pedro Rodriguez memastikan Chelsea menang 3-0. 

- AFP/AQ/aq

Top