Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea sambar Kepa dari Athletic Bilbao

Kepa Arrizabalaga dari Sepanyol mencatat sejarah apabila menjadi penjaga gawang termahal dunia pada Khamis (9 Ogos) selepas Chelsea mengesahkan perpindahan pemain tersebut daripada Athletic Bilbao pada nilai €80 juta (S$126.52 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea sambar Kepa dari Athletic Bilbao

Penjaga gawang dari Sepanyol Kepa Arrizabalaga semasa beraksi di Piala Dunia 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 09:58AM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 10:02AM

LONDON: Kepa Arrizabalaga dari Sepanyol mencatat sejarah apabila menjadi penjaga gawang termahal dunia pada Khamis (9 Ogos) selepas Chelsea mengesahkan perpindahan pemain tersebut daripada Athletic Bilbao pada nilai €80 juta (S$126.52 juta).

Kepa akan tiba di Stamford Bridge dalam masa terdekat selepas Chelsea bersetuju menjual penjaga gawang antarabangsa Belgium Thibaut Courtois ke Real Madrid dengan nilai €35 juta (S$55.35 juta)

Penjaga gawang berusia 23 tahun itu sudah menandatangani kontrak selama tujuh tahun bersama kelab gergasi Inggeris tersebut.

“Keputusan yang sangat penting bagi saya, untuk kerjaya saya dan untuk masa depan peribadi saya.

“Terlalu banyak perkara yang menarik minat saya ke kelab itu, termasuk gelaran yang mereka menangi selain pemain lain, bandarnya serta Liga Perdana Inggeris.,” kata Kepa menerusi laman rasmi pasukan Chelsea.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan