Images
  • chelsea (1)
    (Gambar: Dylan Martinez/Reuters)

Chelsea, Liverpool terus duduki 2 tangga teratas Liga Perdana England

LONDON: Chelsea dan Liverpool mengekalkan kedudukan di dua tangga teratas dalam Bola Sepak Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan dalam perlawanan kelima masing-masing pada Sabtu (15 Sep).

Liverpool menguasai permainan semasa bertandang ke padang Spurs dan menang 2-1.

Ini merupakan kali pertama dalam masa 28 tahun Liverpool mencatat lima kemenangan berturut-turut pada awal musim.

Chelsea pula bangkit setelah ketinggalan 0-1 untuk menundukkan Cardiff 4-1 dengan Eden Hazard melakukan jaringan hat-trick. Meskipun menang besar, pengurus baru Chelsea, Maurizio Sarri, percaya bahawa para pemainnya boleh menunjukkan prestasi lebih baik.

Sementara itu, Manchester United juga mencatat kemenangan ketika bertemu Watford 2-1. Dua gol United itu dijaringkan oleh Chris Smalling dan Romelu Lukaku dalam separuh pertama manakala Andrey Gray menjaringkan gol tunggal Watford dalam separuh masa kedua.

Tidak seperti Liverpool dan Chelsea, United kalah dalam dua daripada empat perlawanan awal musim ini.

- AFP/Reuters/MU/ai

Top