Chelsea, Inter Milan & Bayern Munich "turun padang" di Stadium Negara Julai ini; S'pura tuan rumah Piala Juara Antarabangsa selama 4 tahun
Singapura akan menjadi tuan rumah Piala Juara Antarabangsa bagi Asia Tenggara bagi tempoh selama empat tahun.
SINGAPURA: Singapura akan menjadi tuan rumah Piala Juara Antarabangsa bagi Asia Tenggara bagi tempoh selama empat tahun.
Ini menyusuli perjanjian kerjasama yang dimeterai Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dengan Catalyst Media Group hari ini (16 Mac) untuk menjadikan Singapura satu-satunya tuan rumah di Asia Tenggara bagi kejohanan bola sepak itu.
"Di rantau di mana bola sepak begitu popular, ini membolehkan kami memanfaatkannya dengan menjadi tuan rumah kepada pasukan-pasukan terbaik dunia dan menaikkan profil Singapura sebagai destinasi yang bertenaga (vibrant) untuk menganjurkan pelbagai acara," kata Ketua Eksekutif STB Lionel Yeo.
Tiga perlawanan tahun ini akan bermula pada 25 Julai, di mana gergasi Jerman Bayern Munich akan bertarung dengan Chelsea dan juga pasukan Itali Inter Milan.
Legenda-legenda bola sepak seperti Tore Andre Flo (Chelsea), Hasan Salihamidžić (Bayern Munich) dan Francesco Toldo (Inter) turut hadir di majlis pemetaraian itu bagi menandakan pelancarannya di Mandarin Oriental.
Tiket-tiket dijual dari harga $25 (kanak-kanak) dan $40 (dewasa) dan akan dijual mulai 30 Mac.
PERLAWANAN:
Selasa, 25 Julai
Chelsea FC lawan FC Bayern
Khamis, 27 Julai
FC Bayern lawan FC Internazionale
Sabtu, 29 Julai
Chelsea FC lawan FC Internazionale
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.