Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chan Lay Hoon lepaskan jawatan sebagai presiden Valencia CF

Presiden kelab bola sepak Valencia, rakyat Singapura Chan Lay Hoon akan melepaskan jawatan pada hujung musim ini, menurut kelab Sepanyol itu pada Isnin (10 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Chan Lay Hoon lepaskan jawatan sebagai presiden Valencia CF

Mantan presiden kelab bola sepak Valencia CF Chan Lay Hoon. (Gambar fail Valencia CF)

Diterbitkan : 11 Apr 2017 10:50AM Dikemas Kini : 11 Apr 2017 10:55AM

MADRID: Presiden kelab bola sepak Valencia, rakyat Singapura Chan Lay Hoon akan melepaskan jawatan pada hujung musim ini, menurut kelab Sepanyol itu pada Isnin (10 Apr).

Ini sekaligus menamatkan tempoh khidmatnya selama dua tahun di Valencia, di mana beliau turut dikritik hebat sepanjang kepimpinannya.

Cik Chan dibawa masuk oleh pemilik rakyat Singapura Peter Lim. Bagaimanapun, Valencia mengalami kekecewaan dua musim berturut-turut.

Beliau tidak lagi menyandang jawatan presiden bermula 1 Julai 2017.

Anil Murthy, pengarah eksekutif kelab tersebut, akan mengambil alih jawatan sebagai presiden pada tarikh yang sama.

Valencia mengakhiri musim La Liga yang lalu di tangga ke-12 dan kini di kedudukan yang sama musim ini, dengan baki tujuh perlawanan sebelum musim berakhir.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan